finyz
“Huhh,lega betul aku bile musim nora elena kt tv3 tu dah habis. Klau tak bini aku tu tak abis2 dok perli aku je..tiap2 kali lepas tgok citer tu,mesti komplen kate aku tak romantik mcm seth tan tu. Ape dia ingat kalau si aaron aziz tu x jadik pelakon, dia nk ke buat mcm tu sume. Bagi bunga la,dukung la,suap makan la..hishh”


Tetibe lak member aku buat luahan emosi kt aku td,berkerut2 muke. Tekanan ler tu,hahaha.. Tapi kn,aku selalu gak tertanye2 betul ke lelaki Melayu ni tak romantik? Sebabnye aku tgk makin lame makin ramai plak gadis2 Melayu yg pi kawin dgn lelaki mat saleh la, negro la, bangla jgn ckap mmg dh sedia ramai.. pastu terkini trend kawen lari dgn lelaki lombok plak,hadoiiii..bile tanye knape kawen ngn diorg, majoriti diorg akn ckap bende yg same, iaitu lelaki2 asing ni tersangatlah romantik..hadoiiii lg skali..persoalannya, betul ke lelaki Melayu ni tak romantik? Aku?? Entahler tak tau plak nk masukkn aku ni dlm kategori lelaki romantik ke tak..klau nk kate aku ni tak romantik, tak jugak..sbb kkdg aku rase aku ni romantik,hehe..Tp klau aku btul2 ngaku aku romantik kang, sah2 ler korang sume akn kate aku masuk bakul angkat sndiri,hihi..


Sbnrnye aku ade 1 cerita nk share dgn korang sumer. Pasal isteri aku. Kejadian ni berlaku bbrape hari yg lalu. Bagi aku cerita ni mmg patut aku share dgn korang sume, klau korang rase cerita aku ni baik korang jadikanlah teladan. Kalau tak baik pulak korang jadikanlah sempadan ye. Dan mungkin jgk lepas aku cerita kisah ni, korang boleh nilai samada aku ni romantik ataupun tidak..hehe,smbil nyelam smbil minum air bro..ok aku nk start citer ni,dgr ye..

Upps, sblm tu aku nk bgtau..sbnrnye aku lebih selese dgn gaya penulisan mcm skrg ni..iaitu ber”aku-kau-korang” je,dgr lebih sempoi, santai dan mesra kan..tp bile difikirkn balik yg kemungkinan tulisan aku ni akn dibaca oleh org2 yg lebih tua dr aku, yg pangkat kakak2, abang2, pakcik2, makcik2 or mgkin jgk nenek2, aku rase mcm kurang ajar plak kalau nk ber”aku-kau-korang” ni kan..so aku rase lebih baik aku guna perkataan yg lebih sopan lg manis ek..so, selepas perenggan ni aku akan menukar gaya penulisan aku dan harap2 korang akn teruskn membace..


“LEBIH kurang 3 minggu yg lepas saya membawa isteri ke sebuah pusat perubatan swasta di Melaka. Dia mengadu kepalanya pening, rasa mual dan badan lenguh-lenguh. Saya tanya dia, “mengandung kut?” Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja, saya bawa dia jumpa doktor sekali lagi dan ternyata dia mengandung anak pertama kami. Syukur Alhamdulillah..


Dia akan berasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya termasuklah bau badan saya. ‘Morning sickness’ yang teruk sekali bagi isteri saya. Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak selera, minum tak nak, apa pun tak nak. Ada kalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, adakalanya sepanjang hari asyik tidur saja. Selesai solat isyak berjemaah dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh tahan bau badan saya.


Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, dan berkat kesabaran sekarang ni dia dah boleh tidur dengan saya. Sekarang saya dah tahu macam mana nak elakkan insomnia (gangguan tidur) yang dialaminya. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca al-Quran di atas katil di sisi isteri sehinggalah dia terlelap. Sekarang saya terus membaca al-Quran di sisinya sebagai ‘ubat tidur’ isteri dan anak dalam kandungan.


Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin di dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah mengenai tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari iaitu Kasyaful Mahjub. Saya ceritakan padanya tentang Allah, zat, sifat, asma dan afal.


Ada yang bertanya saya bagaimana mahu menasihati isteri agar tidak degil. Jawapan yang akan saya nyatakan ini bukan hanya untuk isteri tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah suami, isteri atau anak. Bagaimana? Begini..


Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah minda sedar.


Sentuhkan ibu jari tangan kanan anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari tadi ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.


Semasa ibu jari di atas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw dan bacalah al-fatihah. Kemudian teruskan dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.


Angkat ibu jari anda, kalau boleh jangan putuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkannya. Beritahulah dia apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar jangan selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyakkan bersabar serta jaga hubungan dengan Allah juga hubungan sesama manusia. ‘Hablu minAllah, hablu minannas’. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.


Anda akan melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. InsyaAllah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.


Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An-Nu’man), seseorang telah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah, Tsabit: “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?” Jawab bapa Imam Abu Hanifah, “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum Hanafi dilahirkan.” Apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit ialah dia sendiri telah diasuh manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari dalam kandungan lagi.

Logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segi empat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar di dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia sentiasa dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya juga nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al-Hakim kepada anaknya.




Saya bacakan kisah para Rasul, para Nabi, wali songo, tujuh wali Melayu, Israk Mikraj, hijrah Nabi saw, kisah Adam dan Hawa serta hikmah kejadian manusia kepadanya. Hmm, isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya kucup perlahan dahinya. Saya ke halaman rumah mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil ketika dijaga oleh arwah datuk dan arwah nenek yang saya bawa hingga kini.




Saya bersandar di bangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia akan menemani saya di sini, kami akan bercerita tentang segala-galanya. Kadangkala dia akan mendengar cerita saya sambil menyandarkan kepala di bahu saya. Sebelah tangan saya akan menggenggam lembut tangannya dan sebelah lagi tangan saya akan mengusap-usap rambutnya. Selalu juga dia tertidur dalam keadaan begitu, dan saya akan mengangkatnya terus dibawa masuk ke kamar tidur. Saya akan menyelimutinya, mengucup dahinya, membaca doa serta selawat sebelum saya turut melelapkan mata dalam keadaan memeluknya..


Saya terus merenung langit malam. Saya bukanlah seorang lelaki yang selalu bertuah dalam hidup. Saya bukan tidak pernah gagal dalam kehidupan, malah selalu gagal dalam percintaan sehinggalah saya bertemu dengan Aisha, isteri saya.


Kami bercinta tidak lama. Kami tidak mahu hilang nikmat cinta itu dan kami mahu ‘menyimpannya’ sehinggalah hari kami dinikahkan. Kami adalah rakan lama yang terputus hubungan selepas masing-masing menamatkan pengajian dan ditakdirkan Allah bertemu semula melalui alam siber. Selepas pertemuan semula itu, kami hanya bertemu sekali sahaja iaitu ketika dia datang ke tempat saya pada satu hari di bulan Ramadhan dan saya membawanya berbuka puasa di sebuah medan ikan bakar di Melaka. Pertemuan malam itu diakhiri dengan kami sama-sama berjemaah solat terawikh di masjid sebelum saya menghantarnya pulang ke hotel.


Selepas daripada pertemuan itu, saya merasakan semacam ada suatu getaran perasaan di antara kami berdua dan saya bertanya kepada diri sendiri, “perasaan apakah ini?” Lantas setelah mendapatkan nasihat daripada seorang ustaz, malam itu saya melakukan solat sunat istikharah dan ianya berlanjutan selama 7 malam berturut-turut. Hasilnya ialah hari ke hari perasaan saya terhadapnya semakin mendalam sehingga terdetik dalam hati mungkin dialah ‘bidadari syurga’ yang dicari-cari selama ini.


Saya lantas berdoa kepada Allah Yang Maha Kaya, “Jika Aisha ialah gadis yang Engkau ciptakan untuk menjadi ‘rusukku’ di dunia dan di akhirat, Engkau berilah aku kekuatan dan Engkau permudahkanlah urusan ini.”


Dan akhirnya hanya 6 bulan selepas itu kami diijabkabulkan....



Meski orang lain sering berkata betapa bertuahnya Aisha memiliki saya sebagai suami, namun saya berfikiran sebaliknya. Saya sering terfikir betapa bertuahnya saya, sebagai seorang lelaki, memiliki seorang wanita seperti Aisha sebagai isteri. Saya adalah seorang lelaki yang biasa-biasa sahaja dan mungkin juga boleh dikatakan sebagai lelaki yang hampir tiada apa-apa keistimewaan. Selalu gagal dalam percintaan dan mudah pula ditipu wanita lantas 'terlalu memberi’ serta mudah percaya. Sedangkan Aisha, adalah seorang wanita yang saya umpamakan sebagai kurniaan Allah yang paling bermakna dalam hidup saya. Dia hampir sempurna. Saya adalah seorang lelaki yang mudah menyayangi, namun sukar mencintai. Namun, sekali mencintai saya akan memberi dengan sepenuh hati. Begitu juga jika saya dikhianati. Sekali dikhianati akan membuatkan saya serik sama sekali untuk bercinta lagi namun hadirnya Aisha telah berjaya membuka kembali pintu hati saya.


Meski Aisha adalah seorang wanita yang biasa-biasa juga sepertimana saya, namun memilikinya membuatkan saya merasa lengkap. Hadirnya dia melengkapi hidup saya dan itulah hikmah utama perkahwinan iaitu saling melengkapi. “Saya tidak pernah mencari seorang wanita yang sempurna sebagai seorang isteri, sebaliknya saya hanya mencari seorang wanita yang mampu membuatkan saya berasa sempurna apabila berada bersamanya”. Dan saya telahpun merasa ‘sempurna’ selepas memiliki Aisha. Saya adalah seorang lelaki yang agak sensitif namun Aisha berjaya muncul sebagai seorang isteri yang begitu memahami dan pandai pula mengambil hati. Dia tidaklah terlalu cantik. Tetapi dek kerana kebaikannya dalam melayani saya, semakin hari 'kecantikannya' semakin terserlah. (tiada guna jika hanya cantik di mata tapi sakit di hati)


Tiada perkataan yang mampu saya tulis untuk menggambarkan betapa dalamnya perasaan saya terhadap Aisha, namun yang pasti sejak hari pertama saya memilikinya saya telah berjanji kepada diri sendiri bahawa selagi saya masih bernyawa, saya akan menjaga Aisha dengan baik lebih daripada saya menjaga nyawa saya sendiri.


Hmm..cukup-cukuplah saya “memuji” isteri saya, bimbang pula akan dikata orang sebagai bermegah-megah pula. Itu bukan niat saya.



Airmata ini mengalir lagi. Oh! Janganlah tumpah lagi. Pesan guruku airmata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.


Saya tidak mahu terus melayan perasaan. Segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telahpun nyenyak dibuai mimpi. Inilah bintang timur dalam hidup saya. Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya. InsyaAllah tidak lama lagi, akan muncul ‘bintang timur kecil’ pula dalam hidup kami.


Saya berjanji, ‘bintang timur kecil’ yang bakal lahir ini akan dididik untuk menjadi seorang lagi mujahidin ataupun mujahidah yang sentiasa bersederhana dalam kehidupannya. Saya bermohon agar Allah terus mengurniakan kudrat serta semangat kepada saya untuk terus menjaga keluarga ini. Saya telahpun memiliki Aisha sebagai bidadari saya di dunia, dan saya bermohon pada Allah agar Aisha jugalah yang akan menjadi bidadari saya di syurga kelak insyaAllah.


Anak kecil yang bakal lahir ini pula, mudah-mudahan akan menjadi ‘pemberi sedekah’ kepada kami berdua setelah kami tiada lagi nanti. Semoga anak ini akan sentiasa mensedekahkan al-fatihah kepada kami kerana janji Allah bahawa doa seorang anak yang soleh-solehah kepada ibubapanya adalah salah-satu daripada tiga amalan yang tidak akan terputus hubungannya antara hamba yang hidup dengan yang telah meninggal dunia.


Akhir kata, saya ingin berpesan kepada semua yang membaca jika anda belum berkahwin namun berkeinginan untuk berkahwin, seeloknya percepatkanlah urusan itu kerana perkahwinan adalah lubuk untuk mencari keredupan hati dan keredhaan Allah... bagi yang mengetahui. Perkahwinan juga umpama sempadan kesempurnaan iman seseorang hamba Allah serta dapat memelihara diri daripada fitnah dan noda. Bagi yang telah berkahwin pula, semoga bahtera yang sedang dilayari ini akan terus dapat belayar dengan sempurna sehingga sampai kepada tujuannya iaitu mencapai redha Allah. Pelayaran yang sempurna adalah pelayaran yang sentiasa dihiasi dengan perasaan tawaduk dan istiqamah serta dihiasi pula dengan zikrullah. Iman itu umpama tiang layar dan amal pula umapama kain layarnya. Semoga hati-hati kita semua akan sentiasa dilembutkan Allah untuk mendekati kebenaran dan melihat seterusnya menjauhi kebatilan. Selalu-selalulah bertawakal pada Allah,dan bertawakallah kita HANYA selepas kita puas berusaha dan berdoa. Salam dunia akhirat. Sekian.


p/s : Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk Adam yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi qalbu (hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, "jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya." Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki. Berbuat sesuatu janganlah mendadak.
Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.
Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang. wAllahuaklam~






Labels: 0 comments | edit post
Reactions: 
finyz
arini aku mc lagik.
masuk arini dh 4 ari aku mc,
sepanjang pegnen ni.
bes plak mc dok umah tdo rehatkn bdn.
klu kt opis tu asek pening kpale,
bdn on lenguh2 xselesa.
nk wt keje pn xleh so bek mc je kn.

klu ikot due date,
ade lg 34ari sblm ari kejadian.
saspen jgk sbnrnya.
tp mls nk pk sgt.
skang ni nk tenangkn pkran.
xnk pk bda bkn2 lah.

aku rasa baby dlm perot ni,
cm xsaba je nk kuar.
so mebi aku beranak awal.
alamatnye xpose la aku sbln ni.
fuhhh. masak nk ganti nnt.

tp xpe la baby syg,
demi baby ammi sanggup watpe je.
asalkan baby sehat & selamat.
ammi ngn dedi xsaba nk jmpa baby.

muuuaaahh syg~
Published with Blogger-droid v1.7.2
Labels: , 0 comments | edit post
Reactions: 
finyz
Tgh jakun guna enpon baru.
So try hapdet blog guna enpon ni.
Harap2 bjaya lah kn kn.
Published with Blogger-droid v1.7.2
Labels: 0 comments | edit post
Reactions: 

Our Wonderful Journey

Daisypath Anniversary tickers

Our lil' lovely doter

Lilypie First Birthday tickers

Only 2 of us

Lilypie Breastfeeding tickers
finyz's props. Powered by Blogger.